Thursday 22 June 2017

Hentikan "Bunyi Bising" Dalam Hidup Anda

Cuba bayangkan perkara ini sekarang: Anda berada di sudut jalan yang sibuk di sebuah bandar besar. Trafik sangat banyak - kereta, trak, teksi dan bas membunyikan hon mereka. Anda mendengar bayi menangis dan kanak-kanak meminta ibu bapa mereka untuk membelikan mainan yang mereka lihat dari luar kedai. Penggera kereta dan siren kecemasan menambah kekusutan. Seorang remaja berteriak kepada kawannya di seberang jalan. Orang-orang bergegas ke sini sana, terlanggar satu sama lain. Kesibukan dan hiruk-pikuk kota mencipta keadaan bising yang melampau, mengelilingi anda di setiap sisi. Ini semua bunyi atau gangguan.

Adakah anda merasakan stres, kebimbangan dan semakin tertekan sekarang ... dengan hanya membayangkan perkara tersebut? Sekarang fikirkan tentang semua "bunyi" yang berlaku dalam hidup anda!

Sekarang, fikirkan tentang jenis "bunyi bising" yang berlaku dalam hidup anda setiap hari. Apakah bunyi yang anda dengar dalam fikiran anda, di rumah anda, dalam kerja anda? Apakah kebimbangan dan perkara yang bersaing untuk perhatian anda pada setiap saat, setiap hari dan malam?

Kesibukan kehidupan harian boleh mempengaruhi keputusan hidup anda


Pernahkah anda perasan di tengah-tengah "bunyi bising" dalam hidup anda, adalah sukar untuk terus ke depan? Apabila anda mempunyai begitu banyak perkara yang memerlukan masa dan tenaga anda, tiada ketenangan, tiada kesunyian. Semuanya perlu cepat ... tergesa-gesa ... cepat ... bereaksi ... dapatkannya ... SEKARANG! Anda telah menjadi begitu biasa dengan "lalu lintas" dalam fikiran anda, anda secara literal berfungsi menjadi autopilot.

Anak-anak anda bercakap dengan anda, tetapi anda tidak boleh mendengarnya. Bos anda memberikan arahan, tetapi anda tidak dapat memahami. Kawan-kawan anda bercakap dengan anda, tetapi kata-kata mereka adalah seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Bunyi bising dalam kepala anda mencetuskan kekeliruan dan kekacauan. Fikiran anda sentiasa berkata, "Pergi, pergi, sekarang, SEKARANG!" Tapi kemana? Anda tidak lagi mengawal pemikiran dan tindakan anda - "trafik" tersebut yang mengawal anda. Anda tidak lagi mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan sendiri. Anda hanya boleh bertindak balas dengan minda bawah sedar (subconcious mind) anda.

Sekarang adalah masa untuk menuntut semula kawalan diri anda? Lagipun, ini adalah kehidupan ANDA! Ini peluang anda, peluang hidup atau mati anda. Adakah semua perkara yang berlaku sekarang adalah yang anda mahu? Adakah anda merancang kehidupan yang anda ingin jalani? Atau apabila anda melihat kehidupan anda, adakah anda tertanya-tanya bagaimana anda boleh berada di situasi sekarang?

Rakan-rakan sekalian, saya tidak mahu anda bangun satu hari 5, 10 atau 20 tahun dari sekarang dan berkata, "Bagaimana saya sampai di sini? Dimana silap yang saya buat, mengapa hidup saya berubah seperti ini?" Tetapi itulah yang akan berlaku jika anda tidak menghentikan "trafik", hentikan gangguan dan mula rancang kehidupan anda.

Bilakah kali terakhir fikiran anda masih lagi tenang? Bilakah kali terakhir anda merasakan ketenangan? Bilakah kali terakhir anda berhenti seketika dari kehidupan yang sibuk hanya untuk berasa tenang?

Saya tahu begitu banyak perkara yang betul-betul memerlukan perhatian pada ketika ini. Dan, ya, kebanyakan perkara itu mungkin penting. Tetapi ia adalah penting untuk menenangkan fikiran anda dan benar-benar memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting pada sesuatu masa. Buat keputusan berdasarkan itu ... bukan pada "trafik" dalam fikiran anda!

Apabila anda mempunyai minda yang jelas, tenang, anda akan mendapati ia adalah lebih mudah untuk membuat keputusan yang akan menjadikan anda mencapai kejayaan dalam hidup anda. Anda akan hilangkan stres dan mengalami kedamaian. Anda tidak akan mudah tersesat kerana anda akan tahu dengan jelas ke mana anda ingin pergi. Fikiran yang jelas dan tenang bermakna fokus yang jelas dan tenang dan itu akan membawa anda ke arah kejayaan.

Ini adalah satu perkara yang sangat mudah tetapi boleh membuat perbezaan yang besar. Cubalah hari ini. Sepanjang hari ini, berhenti seketika dan ambil nafas dalam-dalam. Hilangkan bunyi bising, tenangkan fikiran anda dan tumpukan pada apa yang paling penting pada saat itu.

Saya tidak sabar untuk melihat anda mencapai potensi penuh anda dan benar-benar percaya yang anda boleh ... HANYA JIKA anda belajar untuk menghapuskan "bunyi bising" dan membuat keputusan yang akan membawa anda ke arah kejayaan.

Sila kongsi artikel ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda hari ini. Ini adalah peringatan yang kadang-kadang kita semua perlu tahu, terutamanya dengan kehidupan yang sibuk yang kita alami setiap hari. Jadi ambil beberapa minit sekarang untuk menyiarkan pautan ini di Facebook dan Twitter anda!

Kemudian, saya ingin mengetahui bagaimana anda berhadapan dengan bunyi bising dalam hidup anda. Adakah anda berasa terharu? Adakah anda mengawal "bunyi bising" di bawah kawalan? Beritahu saya dalam komen!

No comments:

Post a Comment